Saturday, July 2, 2011
Sweeties ! sugarties ! manisties ! ^.^
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 12:37 AM 0 Nasihat buat-Ku
Hari baru , mood baru , layout pon baru lahh !
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 12:09 AM 0 Nasihat buat-Ku
Saturday, June 18, 2011
Awak masihh mude lg lahh !
Ahmad memasuki kedai Coach. Terasa asing apabila dia melihat begitu ramai wanita dalam kedai itu. Dia merasakan deria lelakinya tidak dapat membantunya untuk memilih beg tangan yang cantik untuk umminya. Lalu dia terserempak dengan Nur.
Nur: Biar benor! AHMAD!!!
Hampir semua orang dalam kedai itu memandang Ahmad.
Ahmad: Oit, apa jerit-jerit ni? Malu ar.
Nur: Sori-sori. Aku cuma terkejut je nampak ko dalam kedai camni. Oh ye, lupa bagi salam. Assalamualaikum!
Ahmad: Waalaikumussalam warahmatullah. Ha, alang-alang ko ada kat sini boleh tak ko tolong ajar aku camne nak pilih beg tangan yang cantik-cantik? Ini bukan bidang aku la.
Nur: No hal. Kalau nak beli beg tangan ni, kita tengok material, size, ngan style.
Ahmad: Wow, spoken like an expert.
Nur: Of course!
Ahmad: Okay, aku rasa nak amik yang fabrik je kot. Size tak nak besar sangat. Style pulak...hmmm, yang ni susah sket. Orangnya simple-simple je. Takde la suka berhias lebih-lebih sangat.
Nur: Ko nak beli untuk girlfriend ko ke nih?
Ahmad: Pergh, soalan kiamat!
Nur: Amboi, dramatik habis!
Ahmad: Haha, gurau je. Nur, aku mana ada girlfriend. This is for my lovely mother.
Nur: Oh, untuk Mother's Day ek?
Ahmad: Mother's Day dah dekat ke? Tak tau plak. Ha, ngam-ngam la aku beli beg nih.
Nur: [Berfikir sekejap] Ko memang takde girlfriend ek?
Ahmad: Yup, tak de.
Nur: Aku tak caya la.
Ahmad: Astaghfirullah, aku tak tipu la. Buat ape aku nak girlfriend bila Allah ada sediakan alternatif yang lagi baik kat aku?
Nur: Apa alternatifnya?
Ahmad: Seorang isteri.
Nur: Hai, dah pikir nak kawen dah? Ko muda lagi lah!
Ahmad: Oh, ye ke?
Nur: Ye la. Kalu nak kawen pun tunggu la umur ko 30 ke or akhir 20-an ke. Baru la sesuai. Skang ko muda lagi.
Ahmad: Aku tak tau plak. Hmm...apa pulak umur yang sesuai untuk aku dapatkan girlfriend?
Nur: Ha, apa yang ko mengarut ni?
Ahmad: Ye la, tadi ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berkawen tapi takde plak ko bagi aku umur yang sesuai untuk aku berzina.
Senyap sebentar.
Nur: Err, aku rasa beg ni sesuai untuk mak ko.
Ahmad: [Senyum]
----------
Inspired by a real conversation I once had with a friend.
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 4:28 AM 0 Nasihat buat-Ku
Friday, June 10, 2011
:: PERANAN sahabat SEJATI ::
"Wahai anakku! Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut:
1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2.Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatanmu.
3.Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4.Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5.Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6.Jika ia melihat yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7.Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8.Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9.Jika datang suatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10.Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11.Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12.Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan."
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 11:17 PM 0 Nasihat buat-Ku
doa seorang I B U
Kini tinggallah ibunya yang sudah tua di rumah bersendirian dengan deraian airmata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya lagi.
"Ya Allah", kata ibunya merintih.
Renungan:"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Maka Engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu ya Allah".Setiap kali selepas solat, ibunya akan berdoa seperti itu.
Dalam pada masa yang sama itu, anaknya sudah sampai di Mekah. Di sana dia begitu giat mencari ilmu dan beribadat.
Pada suatu malam yang gelap-gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya. Akan tetapi, perbuatan pencuri itu telah disedari oleh tuan rumah itu. Pencuri itu telah lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebelah masjid. Oleh kerana terlalu panik, pencuri itu terus masuk ke dalam masjid untuk berlindung.
Kebetulan pada masa itu terdapat seorang pemuda yang sedang khusyuk berzikir. Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menuding jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu.
"Pencuri, pencuri….", teriak pemuda itu.
Mendengar teriakan itu, tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid itu. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawanya mengadap raja. Dengan perasaan marah, tuan rumah itu terus menceritakan segala kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu terus menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan kedua kaki dan tangannya dipotong serta kedua biji matanya dicungkil. Dengan perasaan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja dengan tenang.
Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja itu memerintahkan pula pemuda itu diarak di khalayak ramai. Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja itu berkata kepada orang ramai, "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang."
Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai raja yang membawanya, "Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu sebaliknya berkatalah begini, "Inilah balasannya kalau orang menderhaka kepada ibunya."
Para pegawai itu menjadi hairan mendengar arahan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya pegawai itu menyelidik latar belakang pemuda itu dan ternyatalah pemuda itu bukan pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan, pegawai itu membebaskannya dan menghantarnya pulang ke rumah ibunya.
Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar.
Dari dalam rumah terdengar ibunya sedang berdoa, "Ya Allah, apabila telah turun cuabaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedari airmatanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.
"Ya puan, berilah hamba sedekah."
"Datanglah sini," terdengar suara dari dalam.
"Bagaimana saya dapat masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya.
"Kalau begitu hulurkan tanganmu," jawab ibunya semula.
"Puan, maafkanlah hamba kerana tidak mempunyai tangan kerana telah dipotong."
"Kalau begitu, bagaimana dapat aku memberimu makanan sedangkan aku bukan muhrimmu," jawab ibunya dari dalam.
"Puan janganlah khuatir kerana kedua mata hamba buta."
Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya. Sebaik sahaj roti hendak disuapkan ke mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu, maafkanlah saya ibu. Saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah berdosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu."
Setelah mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat keadaan anaknya yang mengerikan. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, dia terus berdoa, "Ya Allah, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Allah, Engkau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu."
Dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, doa ibu itu telah dikabulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua, dan orang tua yang kurag redha walaupun di dalam mencari ilmu.
'Ya Allah, Redhamu Matlamatku
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 11:07 PM 0 Nasihat buat-Ku
awak SAYANG saye ? :'(
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 10:12 PM 0 Nasihat buat-Ku
** T a n d a 2 S A A T k e m a t i a n **
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
WALLAHUA`LAM
Di-Type oleh : Khaulah Al Azwar ketika 2:19 AM 0 Nasihat buat-Ku